Category: Alam Rumahtangga dan Perhubungan


SEDAR atau tidak, soal pendidikan anak kini lebih banyak dibebankan atas bahu orang lain termasuk mendidik minat anak terhadap sains. Sedangkan pendidikan sains bukan tanggungjawab guru saja kerana kesedaran dan minat awal anak terhadap sains seharusnya bermula daripada rumah.

Seterusnya, minat itu dikembangkan di sekolah dan ia menunjukkan bahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawab bersama. Ia juga mengiyakan ungkapan ibu bapa adalah guru pertama anak.

Menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangat penting. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaran sains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian dan penilaian.

Anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan itu perlu dijawab ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan anak, maka ibu bapa boleh mencari jawapan bersama anak di internet atau buku yang banyak di pasaran.

Di rumah juga, dalam usaha membentuk minat terhadap sains, ada banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama anak. Contohnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak memerhati dan berfikir.

Ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat untuk membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.

Uji kaji mudah itu juga boleh dikembangkan supaya anak merasakan keseronokan kegiatan dilakukan. Sekali lagi, bahan yang ada didapur boleh digunakan. Cubalah campurkan cuka dan soda bikarbonat. Saksikan bagaimana kedua-dua bahan itu bertindak balas.

Anak akan seronok melihat buih keluar daripada tindak balas dua bahan tadi. Terangkan kepada anak kenapa itu terjadi dan biarkan pula si anak mencubanya sendiri. Namun, jangan lupa, setiap kegiatan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan diawasi ibu bapa.

Pelbagai kegiatan sains boleh dijalankan di rumah. Bukan saja di dapur, kegiatan sains itu juga boleh dijalankan semasa berkebun di laman rumah atau ketika mencuci kereta. Malah, kegiatan sains boleh dilakukan ketika bercuti ke pantai atau melancong ke pelbagai tempat menarik.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah mencari maklumat kegiatan untuk dilakukan bersama keluarga di internet atau buku. Perancangan awal terhadap kegiatan ingin dilakukan adalah penting.

Guru juga mempunyai tugas besar membentuk sikap dan pemikiran saintifik pelajar. Sikap dan pemikiran itu perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklah dididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia.

Sains secara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat perlu difahami semua pihak. Ia bermakna sains berkaitan dengan kegiatan harian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau peluang pekerjaan yang baik saja.

Sebagai guru, mereka seharusnya bijak dan kreatif merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian, penerokaan, percubaan uji kaji, penilaian dan laporan kajian.

Pelajar hendaklah digalakkan dan diberi peluang bertanya serta mencuba sendiri uji kaji yang dijalankan. Ia penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan melakukan sendiri penting dalam pendidikan sains.

Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad dalam kelas semata-mata. Pelajar harus diberi peluang belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luar kelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru boleh membawa pelajar menyelidik persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar boleh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah.

Atau, pelajar boleh mengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun dalam buku skrap. Daun serta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajar disuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuhan yang dikumpul.

Selain itu, guru boleh mengatur kegiatan lawatan ke pelbagai tempat yang ada kaitan dengan dunia sains. Di Malaysia, ada banyak tempat seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Petrosains dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Lawatan itu tidak terhad kepada tempat rasmi tetapi boleh ke tapak pelupusan sampah, kawasan sungai, pembinaan atau taman bunga. Malah, guru boleh menjemput ahli sains ke sekolah untuk berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar.

Pendek kata, guru harus menggunakan kreativiti dan kepakaran mereka dalam pengajaran sains dan mereka hendaklah terus menerima latihan dalam membangunkan kaedah pengajaran sains dengan lebih menarik.

Hasrat membentuk golongan muda yang cintakan sains memerlukan kerjasama semua termasuk ibu bapa, pihak sekolah, guru dan saintis yang bersama menyumbang tenaga. Semua pihak hendaklah yakin bahawa kegiatan sains boleh dilakukan dan ia sememangnya menarik.

Guru pula memberikan alasan ‘banyak kerja’ atau ‘tiada masa’ untuk menjalankan kegiatan sains. Sikap sama mungkin ditunjukkan ahli sains. Jika semua orang menunjukkan sikap sebegini maka sampai bila pun usaha melahirkan masyarakat Malaysia mempunyai sikap dan pemikiran saintifik tidak akan berhasil. Oleh itu, berubahlah dan inilah kata kunci yang perlu kita pegang.

ALLAH memerintahkan kita berbakti kepada kedua orang tua dan berbuat baik terhadap anak serta bersungguh dalam mendidik mereka kerana perbuatan itu termasuk sebahagian daripada menunaikan amanah Allah.

Melalaikan hak ibu bapa dan anak termasuk perbuatan khianat terhadap amanah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa, ayat 58)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Hai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal, ayat 27)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin lalu ia mati (sedangkan pada) hari kematiannya dalam keadaan mengkhianati amanahnya itu, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Meskipun ibu bapa mengetahui mendidik anak adalah tanggungjawab besar, masih ramai yang lalai dan menganggap remeh perkara itu. Kemudian, apabila anak derhaka, melawan orang tua atau menyimpang daripada aturan agama baru mereka menyalahkan anak.

Sedihnya, ramai tidak sedar sebenarnya ibu bapa juga menjadi penyebab utama sikap derhaka. Ada kelalaian atau kesilapan dalam mendidik anak yang tanpa disedari memberi saham kepada munculnya kenakalan remaja serta sikap durhaka kepada orang tua antaranya:

# Menumbuhkan rasa takut pada anak ketika mereka menangis dengan harapan berhenti dengan gambaran hantu, jin atau suara angin. Akibatnya, anak menjadi penakut seperti takut kepada bayang sendiri dan takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakuti.

Contohnya, takut ke bilik mandi dan tidur sendiri kerana mendengar cerita hantu, jin. Ibu bapa tidak sepatutnya menakutkan anak.

# Mendidik anak menjadi sombong dengan niat supaya mereka menjadi berani. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau bongkak kepada orang lain.

# Membiasakan anak hidup berfoya-foya dan bermewah kerana yang mendorong mereka suka bersenang-senang, mementingkan diri dan tidak peduli keadaan orang lain. Mendidik anak seperti ini merosak fitrah, membunuh sikap bersederhana dan bersyukur.

# Selalu memenuhi permintaan anak kerana ada ibu bapa yang sedaya upaya menunaikan semua kehendak anak mereka. Sedangkan, tidak setiap yang diinginkan anak itu bermanfaat atau sesuai dengan usia serta keperluannya.

Jika anak biasa dipenuhi segala permintaannya, mereka tumbuh menjadi anak yang tidak peduli nilai wang dan kesusahan mencari rezeki. Mereka juga tidak tahu membelanjakan wang dengan baik.

# Mengalah dengan anak semata-mata tidak tahan mendengar tangisan mereka juga perlu difikirkan semula ibu bapa. Memang memberi apa diminta akan menghentikan tangisan tetapi ia menggalakkan sifat mengugut dengan menggunakan tangisan sebagai senjata.

# Terlalu berkeras juga tidak baik seperti memukul atau memarahi dengan suara tinggi. Ada ibu bapa menggunakan bahasa kasar ketika memarahi anak dan ada kalanya sikap itu menyebabkan anak kecil hati dan ada yang menyimpan dendam kerana tidak suka dimarah atau ditengking.

# Ada juga ibu bapa yang kedekut sehingga anak berasa tidak disayangi apabila permintaan atau keperluan tidak dipenuhi. Jangan terkejut jika disebabkan sikap kedekut ibu bapa, anak mula mencuri demi memenuhi keinginan mereka.

# Tidak memberi perhatian serta kasih sayang menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah. Keadaan ini banyak terjadi dan menyebabkan anak terjerumus dalam pergaulan bebas. Anak yang tidak mendapat perhatian keluarga senang berpaling kepada rakan sebaya.

Jika tersalah pilih kawan, mereka akan rosak. Justeru, ibu bapa perlu mengambil perhatian mengenai pemilihan rakan anak takut memberi pengaruh negatif dan paling penting memberi kasih sayang secukupnya bagi membina keluarga bahagia.

# Ada juga ibu bapa yang terlalu menumpukan keperluan material anak sehingga terlupa kepentingan rohani sedangkan yang penting bagi memastikan pembinaan sahsiah seimbang dari aspek keperluan duniawi dan ukhrawi.

# Ibu bapa perlu ada rasa syak wasangka terhadap anak tetapi perasaan itu biar bertempat serta berasas kerana ada ibu bapa terpedaya dengan kebaikan anak hingga tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka terbabit dengan aktiviti tidak baik.

Ibu bapa yang sangat percaya kepada anak tetapi tiba-tiba mendapati anaknya terbabit dadah, pasti akan terkejut dan tertanya-tanya kenapa perkara itu boleh berlaku. Berwaspada lebih baik daripada menyesal pada kemudian hari.

Itu antara kesalahan dilakukan ibu bapa sama ada antara sedar atau tidak. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dengan ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak serta melayari kehidupan keluarga yang dipenuhi kasih sayang.

Sila klik link di bawah
http://www.perniagaaninternet.com/index.php?ref=izyaniera

Kepada bakal pengantin, ini ada maklumat berguna untuk anda…tak rugi jika anda klik link di bawah

http://www.rahsiamalampertama.com/index.php?ref=izyaniera

Mahukah anda menjana atau memperolehi wang dengan hanya menjawab borang survey sahaja tanpa perlu bekerja berhempas pulas? Sila klik di bawah jika anda mau wang….

http://pendapatansurveyv2.com/?rid=izyaniera

Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.

Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya. Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, saya percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup anda dan nantikan si dia menjadi milik anda buat selamanya.

Nak tahu caranya? sila klik di bawah

http://www.PanduanCinta.com/index.php?ref=izyaniera

hmm tanda-tanda lelaki jatuh cinta…tp sebenarnya bergantung kepada diri sendiri.diri sendiri sahaja yang blh tau @ kenal @ paham dirinya sendiri yg sedang dilamun cinta..tul x?

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan.

Orang yang mencintai kamu……………..

p/s: ada tak yang wat cmni kt korg?

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda….. …..

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..

Dari Atha` bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Sabda Rasulullah, ‘Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.’ Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.”
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dalam bejana tesebut ).” ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, ” Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid”. ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.”
( Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir ).

Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah r.a, dia berkata:”Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

Membelai isteri

“Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.” ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya.” ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Dari Hafshah, puteri Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: “Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yang di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan. “
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, dia berkata.”Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..”
( Hadis Riwayat Nasai ).

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,
‘Sesunggu hnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu.” Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanyya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah.” ( Hadis Riwayat Ahmad )

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, ” Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan…….apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pada diri isterinya ada hal yg sama dengnn yang ada pada wanita itu.” ( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi….. …

Biar susah, jangan menyusahkan. .

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.