Category: Muhasabah Diri


cuba korang check tahi lalat korang. then, korang pikir ada tak yang terkena tempias maksud tahi lalat tu kat korang?

1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapatmenjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyakpengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan danbanyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudahmengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas,berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalampertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang laindan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah danmudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi padaorang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan,pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan,dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Padaawal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja,suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, taksuka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpanwang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah,*****a kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Diatidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Contoh tarikh Lahir
(17.07.1986)

Sikap & perwatakan (17)
1 + 7
= 8

Visi (17.7.1986)
1 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 6
= 39
= 3+9
= 12
=1+2
=3

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
8 + 3
= 11
= 1+1
=2

———————————————————-

No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

P/s: tepuk dada tanyalah hati yang mana satukah anda walaupun tak 100% betul. :)

Perkara Menyekat Rezeki

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

p/s:dh lp amik kt mn..hehe..tp yg pastinya ada dlm buku dr ustazah bahiyah

Tanda – Tanda Hati Mati

Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

* Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
* Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
* Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
* Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
* Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
* Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
* Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
* Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

50 Tanda Orang Munafik

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

ALLAH memerintahkan kita berbakti kepada kedua orang tua dan berbuat baik terhadap anak serta bersungguh dalam mendidik mereka kerana perbuatan itu termasuk sebahagian daripada menunaikan amanah Allah.

Melalaikan hak ibu bapa dan anak termasuk perbuatan khianat terhadap amanah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa, ayat 58)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Hai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal, ayat 27)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin lalu ia mati (sedangkan pada) hari kematiannya dalam keadaan mengkhianati amanahnya itu, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Meskipun ibu bapa mengetahui mendidik anak adalah tanggungjawab besar, masih ramai yang lalai dan menganggap remeh perkara itu. Kemudian, apabila anak derhaka, melawan orang tua atau menyimpang daripada aturan agama baru mereka menyalahkan anak.

Sedihnya, ramai tidak sedar sebenarnya ibu bapa juga menjadi penyebab utama sikap derhaka. Ada kelalaian atau kesilapan dalam mendidik anak yang tanpa disedari memberi saham kepada munculnya kenakalan remaja serta sikap durhaka kepada orang tua antaranya:

# Menumbuhkan rasa takut pada anak ketika mereka menangis dengan harapan berhenti dengan gambaran hantu, jin atau suara angin. Akibatnya, anak menjadi penakut seperti takut kepada bayang sendiri dan takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakuti.

Contohnya, takut ke bilik mandi dan tidur sendiri kerana mendengar cerita hantu, jin. Ibu bapa tidak sepatutnya menakutkan anak.

# Mendidik anak menjadi sombong dengan niat supaya mereka menjadi berani. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau bongkak kepada orang lain.

# Membiasakan anak hidup berfoya-foya dan bermewah kerana yang mendorong mereka suka bersenang-senang, mementingkan diri dan tidak peduli keadaan orang lain. Mendidik anak seperti ini merosak fitrah, membunuh sikap bersederhana dan bersyukur.

# Selalu memenuhi permintaan anak kerana ada ibu bapa yang sedaya upaya menunaikan semua kehendak anak mereka. Sedangkan, tidak setiap yang diinginkan anak itu bermanfaat atau sesuai dengan usia serta keperluannya.

Jika anak biasa dipenuhi segala permintaannya, mereka tumbuh menjadi anak yang tidak peduli nilai wang dan kesusahan mencari rezeki. Mereka juga tidak tahu membelanjakan wang dengan baik.

# Mengalah dengan anak semata-mata tidak tahan mendengar tangisan mereka juga perlu difikirkan semula ibu bapa. Memang memberi apa diminta akan menghentikan tangisan tetapi ia menggalakkan sifat mengugut dengan menggunakan tangisan sebagai senjata.

# Terlalu berkeras juga tidak baik seperti memukul atau memarahi dengan suara tinggi. Ada ibu bapa menggunakan bahasa kasar ketika memarahi anak dan ada kalanya sikap itu menyebabkan anak kecil hati dan ada yang menyimpan dendam kerana tidak suka dimarah atau ditengking.

# Ada juga ibu bapa yang kedekut sehingga anak berasa tidak disayangi apabila permintaan atau keperluan tidak dipenuhi. Jangan terkejut jika disebabkan sikap kedekut ibu bapa, anak mula mencuri demi memenuhi keinginan mereka.

# Tidak memberi perhatian serta kasih sayang menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah. Keadaan ini banyak terjadi dan menyebabkan anak terjerumus dalam pergaulan bebas. Anak yang tidak mendapat perhatian keluarga senang berpaling kepada rakan sebaya.

Jika tersalah pilih kawan, mereka akan rosak. Justeru, ibu bapa perlu mengambil perhatian mengenai pemilihan rakan anak takut memberi pengaruh negatif dan paling penting memberi kasih sayang secukupnya bagi membina keluarga bahagia.

# Ada juga ibu bapa yang terlalu menumpukan keperluan material anak sehingga terlupa kepentingan rohani sedangkan yang penting bagi memastikan pembinaan sahsiah seimbang dari aspek keperluan duniawi dan ukhrawi.

# Ibu bapa perlu ada rasa syak wasangka terhadap anak tetapi perasaan itu biar bertempat serta berasas kerana ada ibu bapa terpedaya dengan kebaikan anak hingga tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka terbabit dengan aktiviti tidak baik.

Ibu bapa yang sangat percaya kepada anak tetapi tiba-tiba mendapati anaknya terbabit dadah, pasti akan terkejut dan tertanya-tanya kenapa perkara itu boleh berlaku. Berwaspada lebih baik daripada menyesal pada kemudian hari.

Itu antara kesalahan dilakukan ibu bapa sama ada antara sedar atau tidak. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan dengan ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak serta melayari kehidupan keluarga yang dipenuhi kasih sayang.

Hutang pada pandangan Islam

BUDAYA berhutang yang menjadi gaya hidup masyarakat Islam hari ini boleh menjadi isu membimbangkan jika tiada langkah pengawalan kerana berhutang bermakna cara berbelanja melebihi kemampuan.

Oleh itu, sikap mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah, tidak puas dengan apa yang dimiliki, mudah membuat pinjaman dan gagal mengawal nafsu apabila berbelanja dikenal pasti sebagai punca budaya berhutang menular.

Kegawatan global melanda dunia masa ini, mahu tidak mahu mendesak setiap kita berhari-hati supaya tidak terjebak dengan budaya berhutang. Sikap suka berhutang boleh mendatangkan kesan buruk seperti tekanan emosi, muflis dan kehilangan semangat bekerja.

Disebabkan hutang ada keluarga bahagia menjadi porak-peranda apabila menyalahkan pihak lain sedangkan semua bertanggungjawab terhadap kesulitan berlaku.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa membabitkan) hutang piutangnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam mengharuskan seseorang berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun, Islam sangat teliti dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang.

Pada dasarnya isu hutang dan pinjam meminjam berkait rapat dengan sikap amanah pemiutang dan penghutang. Sifat amanah dilihat sebagai kontrak membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang dan ketinggian iman seseorang antara mereka yang mampu dengan yang dalam kesusahan.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283)

Oleh itu, Islam menetapkan setiap yang berhutang wajib melaksanakan amanah dan bersifat jujur membayar hutang mereka selepas berkemampuan. Bagi sesiapa yang suka melewatkan atau menangguhkan pembayaran hutang, maruah mereka menjadi hina, hidup hilang keberkatan dan tidak diredai Allah selain termasuk golongan orang yang zalim.

Pihak yang berhutang perlu segera melunaskan hutang. Akhir-akhir ini bukan saja yang berhutang menjadi korban, bahkan keluarga mereka turut diugut, dipukul, di samun dan dibunuh. Apa yang membimbangkan ialah azab Allah pada akhirat kelak.

Bagi mendapat keredaan Allah, kita bertanggungjawab menunaikan amanah apabila berhutang dengan membayar hutang bagi memelihara hak manusia dan Allah, bersegera membayar hutang jika sudah berkemampuan.

Sebagai ingatan kepada yang suka berhutang, mulai sekarang jangan mudah terpengaruh dengan budaya hidup mewah tetapi tidak mampu membayar sebaliknya memenuhi prinsipnya berhutang bagi perkara yang perlu saja dan di dalam kemampuan.

Firman Allah bermaksud: “Dan beri kepada mereka daripada harta Allah yang dikurniakan kepada kamu. Dan jangan kamu paksa hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nuur, ayat 33)

EMPAT keburukan perlu dijauhkan untuk menyelamatkan diri daripada kemudaratan serta kerugian iaitu ilmu yang tidak dimanfaatkan, hati tidak khusyuk, nafsu tidak pernah kenyang dan doa tidak dimakbulkan.

Perkara itu terkandung dalam doa diajar Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan daripada doa tidak dimakbulkan.” (Hadis riwayat Muslim)

Ilmu tidak bermanfaat ialah pengetahuan yang tidak membawa kebaikan atau menyebabkan seseorang semakin jauh daripada jalan Allah sehingga iman yang sepatutnya bertambah, sebaliknya menjadi berkurangan.

Ilmu bermanfaat bukan saja membuka minda lebih luas, malah meningkatkan semangat seseorang mencari lebih banyak pengetahuan yang mendekatkannya kepada Allah dan pada masa sama menggunakannya demi memajukan diri, agama, masyarakat serta negara.

Mereka berakal iaitu yang sentiasa berfikir sentiasa mencari ilmu pengetahuan. Firman Allah yang bermaksud: “Ada tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya) berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang pun penolong.” (Surah al-Imran, ayat 190-191)

Orang yang menggunakan akal fikiran dengan melakukan pengamatan terhadap alam sambil mengingati Allah, lalu mereka segera teringat akan kehidupan di akhirat pasti termasuk mereka yang beruntung. Inilah gambaran mereka yang berakal dan cerdik memilih ilmu untuk diamalkan. Mereka tekun dengan ilmu yang bermanfaat. Mereka mengambil berat untuk memastikan ilmu diperoleh itu mesti menjadikan mereka lebih dekat dan tunduk kepada Allah.

Keburukan berikutnya adalah memiliki hati yang tidak khusyuk iaitu yang tidak tunduk kepada Allah. Hati liar dan tidak bersandar kepada Allah dalam menggapai ketenteraman serta kejernihan jiwa. Ciri orang beriman ialah mengingati Allah dan hati mereka menjadi tenteram. Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’du, ayat 28)

Begitulah pentingnya memiliki hati khusyuk sehingga Allah memperingatkan kita supaya waspada terhadap ketandusan atau kegersangan hati. Hal ini wujud apabila orang beriman terlalu lama mengabaikan ayat Allah sehingga hati menjadi tidak khusyuk dan lalai.

Satu-satunya cara ialah kembali menghidupkan ingatan dan perhatian terhadap ayat Allah, bukan saja ayat al-Quran, tetapi yang terkandung dalam penciptaan langit, bumi dan alam akhirat. Hidupkan makna ayat itu dalam kehidupan.

Firman Allah bermaksud: “Belumkah datang waktunya bagi orang beriman, untuk tunduk (khusyuk) hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang suda turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang sebelumnya diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang fasik.” (Surah al-Hadid, ayat 16)

Nafsu yang tidak pernah kenyang mudah terkesan dengan banyak fitnah yang tersebar, sehingga tawaran untuk menuruti hawa nafsu di sekeliling tidak dapat dielak. Hampir dalam semua keadaan ada peluang dan ruang untuk menuruti hawa nafsu dan dengan mudah dituruti. Oleh itu, kekuatan iman diperlukan sebagai benteng kerana Islam tidak membunuh nafsu tetapi menegaskan keperluan mendidik nafsu supaya manusia jangan cepat hanyut dipengaruhi kehendak hawa nafsu.

Apabila ia dilakukan dengan syariat, bukan saja seseorang terbebas daripada dosa bahkan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah kerana memenuhi hawa nafsu sesuai dengan syariat Allah. Sesungguhnya antara sahabat Rasulullah SAW ada yang berkata: “Ya Rasulullah, orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat seperti kami mengerjakan solat, dan mereka berpuasa seperti kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bukankah Allah menjadikan bagimu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh seseorang kepada kebaikan adalah sedekah dan tidur seorang kamu dengan isterinya adalah sedekah.”

Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah jika salah seorang daripada kami menyalurkan hawa nafsunya, apakah ia mendapat pahala? Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu tahu, apabila seseorang menyalurkan nafsunya kepada yang haram, dia berdosa? Demikian pula apabila disalurkan kepada yang halal, dia mendapat pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Bayangkan seorang Muslim berdoa kepada Allah, namun tidak dimakbulkan. Jelas ini adalah musibah sedangkan Allah menjamin jika seseorang memohon sesuatu kepada-Nya, pasti di makbulkan. Bagaimanapun, ada syaratnya iaitu memohon hanya kepada Allah, tidak kepada selain-Nya.

Kedua, penuhi segala perintah Allah dan ketiga, beriman dengan sebenarnya kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sila klik link di bawah
http://www.perniagaaninternet.com/index.php?ref=izyaniera

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.